Saturday, December 27, 2014

Dubai Trip - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum .... 


Setelah sebulan lebih berlalu ... barulah ada kesempatan untuk berblog tentang Dubai Trip yang pwincess pergi satu family dari 22 Nov 2014 - 29 Nov 2014.

Hari Pertama - 22 Nov 2014

Kitaorang fly dengan menaiki penerbangan MAS. Tambang dalam SGD600 + dari Singapore, transit di KLIA dan terus ke Dubai pada waktu petang 3 pm. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 6 jam lebih.

Beza waktu Dubai dengan Malaysia ialah 4 jam. Kitaorang menginap di Dusit Thani yang terletak di Downtown Dubai. Masa masuk bilik, time tu dah kul 9 malam lebih, and rasa exhausted sangat. So kitaorang unpack barang and rest. Kitaorang dapat bilik best, menghadap Burj Khalifa.

Jom tengok gambar bilik ...

Lengkap dan bersih





Hari Kedua - 23 Nov 2014

Bilik di Dusit Thani tak include breakfast so kitaorang ada pack food, which was a good thing memandangkan bilik disediakan dapur, lengkap dengan pinggan mangkuk, periuk, dishwashing liquid, sponge, microwave, fridge.

Dah alang-alang cite pasal bawak food sendiri, haa ni nak recommend brand Amocan canned food....memang sedap. Takde rasa artificial etc. Even the El-Dina luncheon meat also is recommended. Lenkali leh beli these brands buat stock.



Pwincess explored the hotel a bit during the day while Encik Mon pergi kursus. Swimming pool and gym facilities terletak di rooftop. Sangat berangin and cantik view.


Petang tu lepas Encik Mon dah balik from kursus, kitaorang naik cab ke Dubai Mall untuk pergi ke Burj Khalifa. Tiket dah siap-siap beli online di official website. Bayaran dikenakan sebanyak AED150 untuk seorang. Cuba nak dapat earlier slot tapi fully booked, so amek kul 6.00pm .... rupenye dah gelap gelita by then. Dapatlah tgk nightview....



Burj Khalifa terdapat 188 tingkat, tapi viewing deck berada di tingkat 124. Sebelum menaiki lif ke atas, kita dapat lihat progress pembinaan Burj Khalifa, orang-orang yang terlibat dalam pembinaan dan sebagainya.
Nombor kat pintu lif tu real time ... viewing deck is at tingkat 124 dan lif ni reach 124 floor dalam masa 60 seconds

Naik Lif to 124th Floor
Tak gayat pun si kecik ni
Nway, nyaman sangat rasa angin masa kat viewing deck tu .... ada jugak photographer tolong snapkan gambar dan kalau berkenan boleh decide untuk beli di kaunter ... sekeping dlm AED260 ...

Lepas tu kitaorang gi food court untuk dinner .... makan kat Baja Fresh. Tengok macam sedap je kat Singapore, tapi tak halal. so kat sini trylah makan ... sedap sangat ~


Jom tengok hari seterusnya pulak ....

1 comments:

Hafiz said...

Alhamdulillah. Visit to Dubai is something to remember

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...